Thursday, December 29, 2011

30 THE ART OF BLOGGING 101

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
bende yang takkan pernah habis dalam blogging ni adalah follow memollow. kalau bagi sesetengah blogger, mereka akan follow blog yang mereka berkenan dan berminat untuk mengetahui perkembangan serta cerita-cerita yang dipostkan dalam blog tersebut. tapi bagi sesetengah blogger yang lain, mereka hanyalah follow secara rambang, atau lebih mudah untuk diistilahkan, follow untuk menambah bilangan followers dan dengan harapan blog mereka akan difollow kembali nanti. 
untuk rekod, followers yang ramai tidak akan menjamin anda mendapat bilangan komentar yang banyak dan jauh sekali untuk mendapat earning yang tinggi dari syarikat pengiklanan. jadi, konklusinye, sudah-sudahla dengan pepatah " i follow u, follow me back" tu, kat sahabat bloggers selalu aku tengok aktiviti ni. aku senyum je bile tengok tu. haha

pesanan penaja : blogging la secara berhemah, no heart feeling ya guys..

Friday, December 23, 2011

20 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
pesanan penaja : semoga berjaya kepada kalian semua.

Sunday, December 18, 2011

14 SETELAH LAMA MENYEPI DI ALAM BLOG

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

apa khabar rakan-rakan..? setelah lama menyepi di alam maya ini, akhirnya aku mencuri sedikit masa yang terluang walaupun tidak terluang sangat untuk mengupdate blog picisan ini. pada entry ini akan aku tunjukkan kesan-kesan daripada menyepi buat sekian lama di alam maya ini. diharapkan selepas selesai peperiksaan akhir nanti, aku akan diberi kesempatan untuk mengupdate blog secara lebih rajin. hahaha. ayuh kita saksikan gambar rajah yang berikut.
rank alexa yang merudum giler.

churp-churp yang tak naik dan tak turun.

nuffnang pula naik secara perlahan. haha.

pesanan penaja : income sudah tidak stabil. demmm..

Sunday, December 4, 2011

19 KAU BAJET ADE AWEK HOT

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

ku gagahkan jari-jemari untuk mengarang 1 entri. pada malam semalam, kami dan rakan-rakan telah keluar rumah untuk menjamu selera di sebuah restoran berhampiran dengan pantai dekat sini. menu yang diorder adalah seperti biasa iaitu Nasi Goreng Kampung + Telur Mata [hidangan bajet]. Sungguhpun begitu, bukan itu yang ingin dikongsikan di sini.

bertempat di restoran tersebut juga, berlakunya 1 adegan yang agak kurang menyenangkan bagi mata ku yang terlampau sensitip mengenai hal-hal seperti ini. seorang lelaki, dan seorang wanita, pasangan yang sedang bercinta agaknya melakukan aksi-aksi panas yang tidak akan diceritakan di sini secara lebih lanjut. aku tidak akan sekali-sekali memarahi pasangan tersebut sekiranya mereka melakukan aksi tersebut di dalam belukar,tepi pantai, mahupun hotel-hotel bajet. tetapi yang menimbulkan kemarahan aku adalah, mereka tanpa segan silu bermanja di kedai makan yang langsung memotong selera makan ku. demmmm betoll.


ini merupakan kali kedua aku terserempak dengan pasangan tersebut. rasa macam mahu smackdown sahaja lelaki tersebut, hang ingat awek hang hot sangat ka apa wei.. budus betulll. oleh hal yang demikian, kita sewajarnya mengambil endah perasaan orang lain sebelum melakukan sesuatu perkara kerana kita hidup bermasyarakat. diharapkan pasangan terbabit tidak mengulangi kesilapan mereka ini. kalau tidak memang akan aku sendiri akan bagi mereka kenal apa itu erti penyeselan.


pesanan penaja : harap maaf, entri sedikit mengarut, tetapi percayalah ini merupakan kisah benar.